Syarat Permohonan

KELAYAKAN PEMOHON KEMUDAHAN BSK TRANSIT

  • Pemohon beragama Islam ;

  • Merupakan pihak/saksi di dalam prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan ;

  • Tinggal di luar kawasan Lembah Klang/Putrajaya/Labuan ; dan

  • Tidak berkemampuan.

TATACARA PERMOHONAN KEMUDAHAN BSK TRANSIT

  • Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pegawai BSK dengan mengemukakan dokumen berikut:

  1. borang permohonan BSK Transit;

  2. salinan kad pengenalan pemohon;

  3. salinan notis kehadiran dan/atau notis tangguhan dari Mahkamah;

  4. salinan slip gaji (sekiranya ada); dan

  5. salinan muka depan buku akaun. 

  • Permohonan hendaklah dibuat 30 hari sebelum prosiding

  • Pembatalan penggunaan BSK Transit hendaklah 3 hari sebelum prosiding.

joomla templatesfree joomla templatestemplate joomla
2024  BSK Transit   globbers joomla template