Soalan Lazim

1. APA ITU BSK?

BSK merupakan satu Bahagian yang ditubuhkan di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang bertujuan untuk menguatkuasakan perintah nafkah.

 

2. KENAPA BSK DIWUJUDKAN?

BSK diwujudkan bagi memastikan perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dipatuhi dan dilaksanakan oleh bekas suami/bapa kepada bekas isteri/anak-anak.

 

3. APA YANG PERLU DILAKUKAN APABILA BEKAS SUAMI/BAPA ENGGAN MEMBAYAR NAFKAH SEPERTIMANA YANG DIPERINTAHKAN OLEH MAHKAMAH?

Bekas isteri/anak boleh membuat aduan kepada BSK. Seterusnya pegawai BSK akan menjalankan tindakan lanjut seperti mengadakan sesi rundingcara melibatkan kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan penyelesaian. Jika tiada penyelesaian dicapai, maka kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah akan difailkan di Mahkamah.

 

4. APAKAH DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN KEPADA BSK KETIKA ADUAN DILAKUKAN?

Dokumen yang perlu dikemukakan adalah :

I. Salinan Perintah Nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah ;

II. Salinan Sijil Perceraian ;

III. Kad Pengenalan Pemohon ;

IV. Salinan Mykid/Surat Beranak Anak/Anak-anak.

 

5. SELAIN MENERIMA ADUAN, ADAKAH BSK BERTINDAK PROAKTIF MEMANTAU KES-KES NAFKAH YANG TELAH DIKELUARKAN PERINTAH?

Ya, bermula 2012 BSK telah mewujudkan sistem e-Nafkah yang bertindak selaku fail maya. Selain itu, sistem ini juga bertindak secara dwi-fungsi dengan mempunyai bank data dan akan memuatnaik segala perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah. Seterusnya, BSK akan memantau kes tersebut melalui penghantaran MySMS.

 

6. APAKAH JENIS PENGUATKUASAAN YANG AKAN DILAKUKAN?

Jenis penguatkuasaan yang boleh dilakukan adalah seperimana berikut :

I.Saman Penghutang Penghakiman ;

II.Notis Penghakiman ;

III.Penyitaan & Penjualan ;

IV.Hiwalah (Garnishment) ;

V.Perintah Pemenjaraan kerana Menghina Mahkamah.

 

7. ADAKAH APA-APA BANTUAN KEWANGAN AKAN DIBERIKAN KEPADA BEKAS ISTERI/ANAK-ANAK SEPANJANG PROSIDING PENGUATKUASAAN PERINTAH BERLANGSUNG DI MAHKAMAH?

Ya, bekas isteri/anak-anak yang telahpun mendaftarkan kes di BSK, boleh memohon pendahuluan dana nafkah. Setiap permohonan akan ditapis berdasarkan kelayakan tertentu dan dana tersebut akan diberikan selama 6 bulan. Walaubagaimanapun, dana ini akan dikutip semula daripada bekas suami/bapa.

 

8. ADAKAH PERINTAH NAFKAH YANG DIKELUARKAN SELEPAS 6 TAHUN MASIH BOLEH DILAKSANAKAN?

Ya, boleh.

 

joomla templatesfree joomla templatestemplate joomla
2024  BSK Transit   globbers joomla template