Latarbelakang BSK Transit

LATAR BELAKANG

PROGRAM BSK TRANSIT telah dilancarkan pada 2 Oktober 2010 dan dilaksanakan oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bagi tujuan seperti berikut:

  • memberi bantuan kewangan kepada isteri/bekas isteri/anak-anak serta mereka yang tidak berkemampuan dan berada di luar Lembah Kelang untuk menghadiri perbicaraan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya; dan

  • melancarkan perjalanan prosiding sesuatu kes di Mahkamah Syariah dan mengurangkan kes-kes tertunggak akibat ketidakhadiran pihak-pihak yang berkaitan.

Majlis Perasmian BSK Transit & Munaqashah BSK bersama NGO telah diadakan pada 3 Ogos 2010 bersamaan dengan 22 Syaaban 1413H bertempat di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Jalan Duta, Kuala Lumpur. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Senator Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

joomla templatesfree joomla templatestemplate joomla
2024  BSK Transit   globbers joomla template