Fungsi BSK Transit
- Butiran
- Hit: 10905
-
Menyediakan penempatan penginapan (BSK Transit) kepada ibu-ibu tunggal dan pihak-pihak yang tidak berkemampuan semasa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Syariah ;
-
Melaksanakan peranan tolong menolong saudara seagama terutamanya kepada yang tidak berkemampuan seperti yang disarankan oleh Allah melalui Al-Quran dalam Surah Al-Maidah, ayat 2 yang bermaksud :
"Dan tolong-menolonglah antara kamu atas kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong -menolong atas kejahatan dan permusuhan."
-
Menjamin kehadiran pihak-pihak di Mahkamah Syariah dalam prosiding atau perbicaraan di mana berlaku sesetengah kes terpaksa ditangguhkan kerana ketidakhadiran pihak-pihak akibat masalah jarak perjalanan dan kos dari tempat mereka ke Mahkamah ;
-
Dengan adanya kemudahan penginapan tersebut, sedikit sebanyak dapat melindungi keselamatan pihak-pihak khususnya ibu-ibu tunggal yang terpaksa hadir ke Mahkamah dengan tanpa ditemani oleh sesiapa untuk memastikan haknya terbela dan dapat ditegakkan ;
-
Mempercepatkan lagi proses perbicaraan dan seterusnya dapat mengurangkan bilangan kes-kes yang tertangguh di Mahkamah akibat ketidakhadiran pihak-pihak atas alasan jarak perjalanan ke Mahkamah jauh dari tempat tinggal ; dan
-
Pihak-pihak yang hadir ke Mahkamah akan merasa lebih selesa dan tenang dalam menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana persediaan yang lebih awal dari segi tempat penginapan telah disediakan.